Depo-Provera sebagai Kaedah Merancang Keluarga

depoproveraKehamilan boleh terjadi sekiranya sperma lelaki bersenyawa dengan telur wanita (ova). Fungsi kontraseptif (Perancang Keluarga) berhormon pula bertindak untuk menghalang persenyawaan ini dari berlaku dengan memberhentikan pengeluaran telur dari ovari.

Depo-Provera adalah kaedah kontraseptif suntikan yang diperbuat dari hormon progesteron yang cukup berkesan sebagai alat perancang keluarga yang menjadi pilihan ramai wanita yang ingin menjarakan kehamilan mereka.

Suntikan diberikan setiap 3 bulan pada lengan atau otot punggung. Depo-provera bukan sahaja menghalang ovulasi malahan ia menyebabkan lendir serviks menjadi pekat, menghalang kemasukan sperma ke dalam rahim.  Ia juga bertindak dengan menipiskan dinding rahim menyebabkan ia tidak sesuai untuk implantasi.

Teruskan membaca

Implanon NXT sebagai Kaedah Perancang Keluarga

imagesApa itu Implanon NXT?

Implanon adalah sejenis implan pencegah kehamilan berhormon yang dimasukkan pada bawah kulit pada lengan anda. Ia berbentuk seperti rod nipis berukuran 40 mm panjang dan setebal 2 mm lebih kurang panjang stik mancis. Ia diperbuat dari plastik yang fleksibel yang mengandungi hormon progestin, berkesan untuk memberikan perlindungan maksima terhadap kehamilan selama 3 tahun.

Prosedur memasukkan implanon cuma memerlukan anestetik setempat dan hanya mengambil masa beberapa minit. Implanon juga boleh dikeluarkan bila-bila masa sebelum 3 tahun. Teruskan membaca

Alat perancang keluarga IUD (Intra-Uterine Device)

Copper-IUd-400x300Jika anda berfikir untuk merancang keluarga, anda mungkin mahu mempertimbangkan IUD sebagai pilihan anda. IUD adalah alat perancang keluarga yang berkesan dan selamat bagi kebanyakan wanita dan ia boleh bertahan lama sehingga lima tahun. Walau-bagaimanapun, tidak semua wanita sesuai untuk memakai IUD, jadi berbincang dengan doktor anda samada anda sesuai untuk menggunakan kaedah ini atau tidak.

** Artikel ini cuma membincangkan IUD jenis Cooper. IUCD Mirena akan dibincang dalam artikel lain. Teruskan membaca

Pil Perancang dan Risiko di Awal Kehamilan

pilSoalan: Adakah pil perancang boleh menyebabkan kecacatan janin jika diambil semasa awal kehamilan?

Jawapan:

Setakat ini tiada bukti yang kukuh untuk menunjukkan pil perancang yang diambil secara tidak sengaja semasa awal kehamilan meningkatkan risiko kecacatan janin.

Satu kajian dalam tahun 2009 menyarankan bahawa terdapat peningkatan risiko kearah bayi kurang berat badan dan juga kelahiran pra-matang. Ia juga secara teori dikaitkan dengan masalah tumbesaran organ seksual janin perempuan tetapi setakat ini tiada bukti yang kukuh secara klinikal yang mengaitkan pil perancang dengan komplikasi-komplikasi diatas. Teruskan membaca