Lelaki dan Ketidaksuburan

Ketidaksuburan berlaku pada lebih kurang satu dalam 10 pasangan. Sekiranya masalah berlaku pada pasangan lelaki ia dipanggil ‘male infertility’. Ia terjadi 40% dalam keseluruhan masalah kesuburan.

Segelintir daripada masalah kesuburan di kalangan kaum lelaki diketahui sebabnya seperti hypospadias dimana penis tidak terbentuk secara normal, testis yang tidak turun (undescended testicles) dan kegagalan ereksi tetapi kebanyakkan daripada agak sukar dijelaskan sebabnya.

Punca

Ia selalunya dikaitkan dengan sperma yang tidak normal, hidup sperma yang terlalu singkat atau terdapat masalah dengan ejakulasi.
Sebab kenapa ketidaknormalan ini berlaku mungkin kerana:

  • Terdapat radang pada testis
  • Terdapat masalah salur darah vena yang membengkak pada testis
  • Testis yang tidak membentuk dengan normal

Teruskan membaca “Lelaki dan Ketidaksuburan”

Gemuk dan Risiko Infertiliti

Soalan: Saya seorang yang mempunyi berat yang berlebihan. Adakah ini akan mengurangkan peluang saya untuk mengandung?

Tak semestinya. Itu bergantung kepada kitaran haid anda samada ia normal atau tidak. Sekiranya kitaran haid anda setiap 28 hari, berat badan anda mungkin tidak akan menganggu peluang anda untuk hamil. Tetapi bagi yang terlalu gemuk, anda mungkin akan mengalami ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan kitaran haid yang tidak rata dimana ovulasi tidak berlaku. Bila ovulasi tidak terjadi, kehamilan tidak akan berlaku. Teruskan membaca “Gemuk dan Risiko Infertiliti”

Kepentingan Vitamin Semasa Hamil

VitaminAdalah penting bagi ibu untuk mendapat pemakan yang seimbang semasa mengandung. Ini termasuklah dengan memakan buah-buahan, sayuran, bijiran wholegrain,  dan kekacang.

Kurangkan memakan makanan yang terlalu masin dan manis, makanan berlemak,dan makanan segera. Walaubagaimanapun, apabila ibu mengalami masalah alahan, muntah-muntah semasa mengandung, adalah sukar untuk mendapat khasiat dari pemakanan sahaja, jadi mengambil vitamin tambahan adalah disarankan. Teruskan membaca “Kepentingan Vitamin Semasa Hamil”

Tip-tip Penting Untuk Kurangkan Loya Dan Muntah Semasa Hamil

“Morning sickness” atau muntah-muntah ialah masalah yang biasa berlaku dikalangan wanita hamil. Ia boleh berlaku bila bila masa. Kebanyakkan bermula seawal 6 minggu pertama dan berakhir pada lewat 16 minggu. Walaubagaimanpun, terdapat segelintir dari wanita yang hamil mengalami masalah ini sehingga ke peringkat akhir kandungan.

Punca yang tepat terhadap masalah ini belum diketahui secara jelas, tapi kemungkinan besar ia terjadi disebabkan oleh kehadiran hormon-hormon dirembeskan dalam kuantiti yang banyak diawal kehamilan.
Morning sickness bukan sahaja boleh menganggu kehidupan harian wanita yang mengandung, tetapi ia juga boleh memberikan bahaya kepada ibu dan anak yang didalam kandungan. Teruskan membaca “Tip-tip Penting Untuk Kurangkan Loya Dan Muntah Semasa Hamil”