Anda Mungkin ada Endometriosis tapi Anda Tidak Tahu

Young woman in pain

Endometriosis adalah penyakit kronik yang boleh menjejaskan organ pembiakan wanita. Ia berlaku apabila sel-sel dalam lapisan rahim yang dipanggil endometrium tumbuh di luar rahim. Ia kerap dijumpai di dalam dan di sekitar organ-organ pelvis termasuk ovari dan salur fallopian. Kadang-kadang tisu endometrium juga boleh ditemui di anggota badan yang lain seperti usus. Teruskan membaca

Senggugut

sengugutRamai wanita yang mengalami sakit semasa haid dari masa kesemasa. Sakit semasa haid adalah salah satu sebab wanita berjumpa dengan doktor dan mendapat cuti sakit. Kebanyakannya, sakit tidaklah begitulah teruk dan terjadi sekali sekala sahaja. Walaubagaimanapun, bagi segelintir wanita kedatangan haid begitu memberikan kesakitan amat ketara sehingga memberikan gangguan terhadap kehidupan harian mereka.

Secara fisiologinya, semasa terjadinya haid, dinding rahim akan mengeluarkan hormon yang dipanggil prostglandin yang menyebabkan otot rahim menjadi kejang.Ramai mereka yang mengalami senggugut yang keterlaluan didapati merembeskan hormon prostagladin secara berlebihan.

Sengugut sangat kerap terjadi semasa usia remaja dan awal 20’an. Ia juga kerap berlaku pada mereka yang baru mengalami haid pertama. Teruskan membaca