Laparoskopi (Laparoscopy)

laparocopi2Laparoskopi adalah prosedur yang digunakan untuk memeriksa kesihatan organ peranakan wanita. Melalui satu hirisan kecil pada perut, Laparoskopi memudahkan doktor untuk melihat keadaan rahim, salur fallopian dan ovari dengan mata mereka sendiri secara dekat. Ini membolehkan pemeriksaan menyeluruh dapat dijalankan untuk mengetahui dengan tepat sebab mengapa wanita gagal hamil.

Laparoskopi selalunya digunakan untuk: Teruskan membaca

Pembedahan Caesarean

Pembedahan caesarean atau dikenali sebagai c-section adalah kaedah yang digunakan untuk melahirkan bayi secara pembedahan. Ia sering dilakukan sebagai pembedahan kecemasan apabila berlaku komplikasi semasa kelahiran bayi. Walaupun kelahiran secara normal lebih selamat untuk bayi dan ibu tetapi terdapat keadaan dimana melahirkan melalui c-section adalah lebih selamat dari kelahiran biasa.

Prosedur pembadahan

C-section dimulakan dengan doktor membuat hirisan pada bahagian ari-ari atas sedikit dari bulu pubis. Bayi anda akan dikeluarkan dari hirisan tersebut. Sebelum itu, doktor pakar bius akan memberikan spinal anaethesia dimana anda akan merasa kebas dari pusat kebawah. Abdomen anda akan dicuci dengan teliti dan pembedahan akan bermula sejurus selepas itu. Teruskan membaca