Vitamin dan Mineral Semasa Hamil. Apa Yang Perlu dan Yang Tidak Perlu Dimakan.

vitVitamin dan Mineral Semasa Hamil. Apa Yang Perlu dan Yang Tidak Perlu Dimakan.

Semasa hamil, keperluan harian wanita untuk nutrien tertentu, seperti asid folik, kalsium, dan zat besi akan meningkat. Vitamin dan mineral  ini adalah penting untuk pertumbuhan, perkembangan, dan kehidupan janin yang sihat.

Untuk membantu mewujudkan persekitaran berkhasiat bagi tumbesaran janin, adalah penting bahawa anda mendapatkan diet dan seimbang sebelum dan semasa anda hamil. Jika anda memilih untuk menambah diet anda dengan vitamin prenatal, tentukan dengan teliti jumlah harian yang anda perlu ambil kerana anda tidak mahu terkurang atau terlebih dos. Teruskan membaca

Kepentingan Vitamin Semasa Hamil

VitaminAdalah penting bagi ibu untuk mendapat pemakan yang seimbang semasa mengandung. Ini termasuklah dengan memakan buah-buahan, sayuran, bijiran wholegrain,  dan kekacang.

Kurangkan memakan makanan yang terlalu masin dan manis, makanan berlemak,dan makanan segera. Walaubagaimanapun, apabila ibu mengalami masalah alahan, muntah-muntah semasa mengandung, adalah sukar untuk mendapat khasiat dari pemakanan sahaja, jadi mengambil vitamin tambahan adalah disarankan. Teruskan membaca