Detailed Scan atau Anomaly Scan

Apa itu detailed scan?

Kebanyakkan wanita akan ditawarkan ‘detailed scan’ pada usia kandungan 20-24 minggu untuk memastikan samada bayi membesar secara normal atau tidak. Ia dipanggil detailed scan atau anomaly scan. Ia dibuat untuk mengesan sebarang ketidaknormalan pada bentuk fizikal bayi dan tumbesaran. Semasa lawatan peringkat awal kehamilan, doktor selalunya akan memberikan penerangan tentang tujuan dan faedah detailed scan ini, walaubagaimanapun, ia cuma satu pilihan dan bergantung kepada anda untuk menjalani ujian ini atau tidak. Teruskan membaca

Ultrasound Scan Semasa Awal Hamil

Happy pregnant woman expecting soonUltrasound Scan (US) Viability adalah imbasan Scan di awal kehamilan yang dibuat untuk memastikan degupan jantung janin yang sihat dan dalam masa yang sama saiz janin anda akan diukur bagi mengira usia kandungan anda dengan lebih tepat.

US yang paling awal dibuat selepas anda disahkan hamil melalui ujian air kencing.

Scan ini disarankan kepada wanita yang tidak begitu pasti tentang kehamilan atau mereka yang tidak dapat mengingati tarikh haid terakhir mereka. Ukuran janin pada peringkat awal hamil juga boleh menolong memastikan tarikh jangka lahir bayi dengan tepat. Teruskan membaca