Sel Stem Tali Pusat

Apa itu sel stem tali pusat?

Sel Stem adalah sel-sel tidak matang yang boleh bertukar kepada sel-sel jenis yang lain yang boleh membiak dengan sendirinya untuk membentuk sel-sel organ yang lain dalam badan kita. Sel Stem boleh digunakan untuk merawat penyakit yang berkait dengan darah seperti leukemia, lymphoma, aplastic anemia dan lain-lain.

Ia juga boleh digunakan untuk merawat sel sum-sum tulang yang rosak semasa rawatan kemoterapi atau radioterapi. Semasa rawatan, darah ini akan di suntik kedalam darah dengan harapan ia akan membentuk sel-sel baru yang sihat. Dimasa hadapan sel-sel ini mungkin akan digunakan untuk merawat penyakit seperti diabetes , Alzheimer’s dan lain tapi setakat ini ia cuma sebahagian dari teori sahaja. Teruskan membaca