7 Fakta Ringkas Kehamilan Luar rahim (Ektopik)

embryo05

Salah satu komplikasi hamil ialah mengandung di luar rahim. Ini terjadi apabila telur yang tersenyawa membuat implantasi di luar rahim.

Berikut adalah 7 Fakta menarik Tentang Kehamilan Luar rahim

1. Risiko mendapat kehamilan ektopik adalah 2-4%

2. 90% berlaku di dalam Tuib fallopian

3.Terdapat 3 Gejala Klasikal iaitu: Haid Lewat, Sakit bawah perut dan Pendarahan kecil faraj (spotting) tetapi tanda ini hanya terdapat pada 40% wanita sahaja.

4. Tuib Fallopian yang rosak adalah penyebab utama dengan Endometriosis sebagai penyumbang kearah kerosakan tersebut

5. Terdapat 10% risiko untuk hamil Ektopik berulang sekiranya wanita hamil lagi.

6. Salah satu risiko untuk mendapat Ektopik adalah hamil dengan IUD ( alat dalam rahim) dengan 0.15 dalam 100 wanita.

7. Pembedahan laparoskopi adalah kaedah surgeri pilihan terhadap kehamilan ektopik