Kenapa Payudara Saya Sakit Sebelum Kedatangan Haid?

Kitaran Haid boleh memberikan banyak gejala, termasuk sakit pada payudara dan ia kerap dikaitkan dengan perubahan hormon semasa kitaran haid.

Ia adalah masalah yang kerap terjadi di kalangan wanita dan dipercayai terjadi disebabkan oleh penurunan mendadak hormon estrogen dan pergesteron yang menyebabkan pembengkakkan pada nodus limfa sekitar payu dara dan ini menyumbang kepada kesakitan payudara.

Kesakitan juga mungkin disebabkan peningkatan pada hormon prolaktin yang juga boleh menyebabkan payudara menjadi bengkak.

Gejala

Rasa sakit payudara mungkin berbeza antara seorang dengan yang lain. Sesetengah wanita menggambarkan kesakitan sebagai rasa tidak selesa atau rasa perit manakala sesetengah wanita cuma merasa sakit jika payudara ditekan.

Ciri-ciri lain

  • Sakit boleh berlaku pada satu atau kedua-dua payudara,
  • Sakit boleh menjalar kepada ketiak,
  • Payudara mungkin rasa pedih dan berat
  • Puting pedih terutama semasa dipicit.

Sesetengah wanita mengalami kesakitan yang berterusan selama beberapa hari, sementara yang lain mendapati kesakitan cuma datang sekejap dan hilang.

Kesakitan menjadi lebih ketara jika wanita memakai bra yang ketat.

Punca-punca lain

  • Sakit payudara juga mungkin disebabkan oleh masalah perubatan lain seperti;
  • Saluran susu tersumbat,
  • Mastitis iaitu radang payudara,
  • Jangkitan kuman pada payudara,
  • Payudara fibrosistik,
  • Sejarah pembedahan payudara,
  • Penggunaan hormon untuk membesar payudara,
  • Pengambilan ubat perubatan tertentu seperti : digitalis, methyldopa, spironolactone, diuretik
  • chlorpromazine, atau oxymetholone,
  • Kecederaan pada payudara, dan
  • Kanser Payudara peringkat ke 4.

Rawatan

Sekiranya tiada masalah serius, ubat yang kerap diberikan adalah ubat penahan sakit seperti paracetamol atau NSAIDs.

  • Wanita juga disarankan untuk mengamalkan;
  • Pemakaian Bra menyokong payudara dengan lebih baik,
  • Memakai Bra pada waktu malam,
  • Mengurangkan jumlah kafein dalam diet dengan menghadkan pengambilan kopi, soda minuman tenaga dan teh,
  • Mengurangkan pengambilan garam,
  • Makan multivitamin, dan
  • Kurangkan aktiviti senaman lasak juga boleh mengurangkan sakit.

Bila perlu jumpa doktor?

Anda perlu berjumpa dengan doktor anda jika kesakitan payudara anda disertai dengan;

  • Benjolan pada payudara,
  • Puting mengeluarkan darah atau berbau busuk,
  • Sakit yang berterusan sampai berminggu-minggu,
  • Sakit yang menyebabkan anda sukar menjalani kerja rumah, dan
  • Terdapat tanda-tanda jangkitan kuman, seperti hangat atau kemerahan pada payudara disertai demam.

Doktor biasanya akan bertanya tentang gejala seseorang untuk menentukan apa yang membuat rasa sakit lebih buruk atau lebih baik dan berapa lama ia berlangsung.

6 comments

  1. Saya dah 8 hari tak datang period LPs tu payudara saya sakit sgt, sensitiviti bila sentuh, lepas tu dia macam size kiri dengan kanan lain yang puting tu, macam ada crack hmm tolong saya sakit apa ni nya

  2. Asalamualaikum doc saya nk tanya kenapa saya setiap kali nk datang je bulan mesti sakit payudara saya yg skt2 skt lepas tu bila terkena apa2 je mesti skt tu allah..( bila dh datang datang bulan skt payudara tu pun hilang) sbb apa jadi mcm tu ye doc

Tinggalkan Jawapan kepada drju Batal balasan