Anda Mungkin Ada Fibroid Tapi Anda Tidak Tahu

subserosaFibroid adalah ketumbuhan rahim yang kerap berlaku dan kajian menunjukkan 25 peratus wanita mengalami fibroid bermaksud 1 dalam 4 wanita adalah pengidap fibroid. Apa yang menariknya ramai wanita tidak menyedari mereka mengalami fibroid kerana mereka tidak mengalami sebarang gejala.

Fibroid bukan kanser dan jarang memberikan masalah sekiranya ia bersaiz kecil dan terbentuk pada bahagian tepi rahim. Selagi tiada gejala, kehadiran fibroid boleh diabaikan dan wanita hanya perlu memantau tumbesarannya dengan membuat pemeriksaan tahunan.

Gejala bergantung sepenuhnya kepada saiz dan tempat dimana ia tumbuh dalam rahim. Fibroid subserosa yang tumbuh di kawasan tepi rahim jarang memberikan masalah walaupun ia sangat besar. Pesakit mungkin perasan perut kelihatan buncit dan keras tetapi tiada masalah lain. Teruskan membaca