Mengapa Faraj Saya Berbau?


berbau.jpgTerdapat banyak produk di pasaran yang menggalakan kita menjaga faraj supaya bersih dan berbau segar walaupun sebenarnya secara semulajadi faraj kita tidak berbau.

Namun, apabila faraj mengeluarkan bau yang kurang enak dan bauan tersebut dikongsi oleh suami mereka ia dikatakan tidak normal.

Kenapa Ia terjadi?  

Vagina mengandungi ekosistem yang seimbang yang di kawal oleh bakteria baik untuk mempastikan faraj anda dalam PH yang sihat iaitu 4.5. Gabungan cecair faraj dan bakteria membentuk lendir faraj yang kadang kadang boleh mengeluarkan bau, tetapi kebanyakan bau tersebut adalah normal. Teruskan membaca

Depo-Provera sebagai Kaedah Merancang Keluarga

depoproveraKehamilan boleh terjadi sekiranya sperma lelaki bersenyawa dengan telur wanita (ova). Fungsi kontraseptif (Perancang Keluarga) berhormon pula bertindak untuk menghalang persenyawaan ini dari berlaku dengan memberhentikan pengeluaran telur dari ovari.

Depo-Provera adalah kaedah kontraseptif suntikan yang diperbuat dari hormon progesteron yang cukup berkesan sebagai alat perancang keluarga yang menjadi pilihan ramai wanita yang ingin menjarakan kehamilan mereka.

Suntikan diberikan setiap 3 bulan pada lengan atau otot punggung. Depo-provera bukan sahaja menghalang ovulasi malahan ia menyebabkan lendir serviks menjadi pekat, menghalang kemasukan sperma ke dalam rahim.  Ia juga bertindak dengan menipiskan dinding rahim menyebabkan ia tidak sesuai untuk implantasi.

Teruskan membaca

Demam Selsema (Flu) Semasa Hamil

demam selsemaKehamilan akan menyebabkan berlaku perubahan ketara pada sistem imun, jantung dan paru paru membuatkan wanita hamil kerap mengalami jangkitan kuman termasuk jangkitan virus influenza atau lebih dikenali sebagai flu virus iaitu penyebab demam selsema.

Wanita hamil yang dijangkiti virus flu bukan sahaja berisiko untuk mendapat radang paru paru dan menjadi satu sebab kemasukan ke hospital semasa hamil. tetapi Ia juga boleh memberi risiko terhadap janin. Kajian mendapati penghidap selsema yang hamil lebih berkomplikasi untuk keguguran, kelahiran pra-matang, dan berat badan bayi yang rendah semasa dilahirkan. Teruskan membaca

Sakit Payu Dara

sakit payudaraSakit payudara (Mastalgia) merupakan gejala yang kerap terjadi yang sering memberi masalah di kalangan wanita berusia 30-50’an .

Sakit kerap digambarkan sebagai tajam, rasa berat, pedih apabila payudara disentuh. Sakit mungkin datang secara tiba tiba dan hilang secara sendiri atau berterusan sepanjang masa. Ramai wanita bimbang bahawa sakit payudara mungkin berkaitan dengan tanda serius terutama kanser payudara tetapi mengikut kajian Mastalgia tidak meningkatkan risiko untuk mendapat kanser.

Kebanyakan wanita mengalami sakit ringan dan sederhana walaubagaimanapun, segelintir kecil wanita mengalami sakit yang teruk dan kronik sehingga mengganggu aktiviti harian sehingga membawa kepada tekanan perasaan. Teruskan membaca