Saya mengandung anak kedua, adakah ia berbeza dengan kandungan pertama?

Screen Shot 2014-05-21 at 7.07.39 PMJawapan:

Setiap kehamilan adalah berbeza dan setakat ini tidak ada cara untuk meramalkan apa yang mungkin berlaku pada kandungan seterusnya.

Walau bagaimanapun, semasa kehamilan kedua, anda mungkin perasan terdapat perbezaan dari kehamilan anak pertama, termasuklah:

Anda lebih penat dari biasa

Mengandung dan menjaga anak sulung terutamanya yang masih kecil sekaligus di samping hamil pada usia lebih tua mungkin boleh memberikan lebih kepenatan berbanding kandungan pertama. Teruskan membaca

Sista Ovari Functional ( Functional Ovarian Cyst)

Illustration of an ovarian (follicular) cyst
Sista Ovari

Apa itu Sista ovari functional?

Sista ovari functional adalah kantung yang terbentuk di permukaan ovari wanita semasa atau selepas ovulasi. Ia mengandungi telur matang yang biasanya mengecut sebaik sahaja ovulasi terjadi.

Jika ovulasi tidak terjadi dimana telur gagal di lepaskan, sista ovari akan terbentuk.

Ia juga boleh terbentuk sekiranya kantung tertutup selepas telur dilepaskan dan menjadi kembang dengan mengumpul cecair di dalamnya.  

Sista ovari berbeza daripada ketumbuhan ovari yang disebabkan oleh masalah-masalah lain seperti kanser. Kebanyakan sista ini adalah tidak berbahaya. Mereka tidak menyebabkan masalah dan akan hilang tanpa rawatan. Walaubagaimanapun, jika sista menjadi besar, ia boleh terpintal, pecah atau berdarah dan menyebabkan kesakitan. Teruskan membaca

Implanon NXT sebagai Kaedah Perancang Keluarga

imagesApa itu Implanon NXT?

Implanon adalah sejenis implan pencegah kehamilan berhormon yang dimasukkan pada bawah kulit pada lengan anda. Ia berbentuk seperti rod nipis berukuran 40 mm panjang dan setebal 2 mm lebih kurang panjang stik mancis. Ia diperbuat dari plastik yang fleksibel yang mengandungi hormon progestin, berkesan untuk memberikan perlindungan maksima terhadap kehamilan selama 3 tahun.

Prosedur memasukkan implanon cuma memerlukan anestetik setempat dan hanya mengambil masa beberapa minit. Implanon juga boleh dikeluarkan bila-bila masa sebelum 3 tahun. Teruskan membaca

Saya hamil dan terjatuh. Adakah saya perlu bimbang?

bayi dlm airJatuh semasa hamil boleh membuat anda panik. Tetapi jangan bimbang, badan anda sebenarnya sudah direka-cipta secara semulajadi untuk melindungi bayi anda semasa kehamilan.

Dinding rahim adalah tebal dengan otot abdomen kuat yang membantu menjaga bayi anda dengan selamat. Cecair amnion ( air ketuban)  juga berfungsi sebagai kusyen dan penyerap hentakan. Dalam minggu-minggu awal kehamilan, rahim yang terletak jauh di ruang tulang pelvis yang memberikan lebih perlindungan dari sebarang kecederaan. Teruskan membaca

Anda Sukar Hamil? Ini Mungkin Sebabnya…

sedihPolip Endometrium dan Kesukaran Untuk Hamil

Sekiranya anda sukar hamil dan pemeriksaan menunjukkan anda tiada masalah ovulasi dan bacaan sperma suami pula dalam kadar normal, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk menjalani pemeriksaan pelvis secara mendalam kerana anda mungkin mengalami polip.

Polip Endometrium adalah ketumbuhan rahim yang kerap berlaku di kalangan wanita khususnya pada usia reproduktif iaitu 20-30’an. Polip terjadi apabila lapisan dalam rahim (endometrium) tumbuh dengan cepat dan menjadi bengkak. Polip Endometrium selalunya tidak merbahaya tetapi apabila ia dikeluarkan, ia akan dihantar ke makmal untuk kajian untuk mempastikan ia adalah 100% benign ( bukan kanser).

Polip boleh menyebabkan pendarahan haid yang tidak normal atau tidak teratur, tetapi polip boleh hadir dalam rahim tanpa sebarang gejala bermaksud, wanita tidak menyedari yang mereka mengalami polip sehinggalah ia di temui secara tidak sengaja seperti semasa ujian ultrasound. Ia juga kerap dikesan semasa ujian HSG. Teruskan membaca

Oh… Saya Sudah Pecah Ketuban!

amnionSoalan : Doktor, saya rasa saya sudah pecah ketuban! Apa saya perlu buat?

Bayi anda berkembang dan membesar dalam kantung amnion yang juga bertindak untuk melindungi bayi dari sebarang gegaran dan hentakan. Jika amnion bocor, anda sudah pecah ketuban.

Sekiranya anda rasa ketuban sudah pecah, jangan panik. Pertama sekali, pastikan ia betul betul air ketuban. Pergi ke bilik air, kencing, lap kering, berdiri dan batuk. Kalau terdapat air meleleh ke celah peha kemungkinan besar anda sudah pecah ketuban.

Teruskan membaca