Haid Tidak Teratur

period tak teratur

Kitaran haid wanita tidak selalunya berjalan dengan lancar. Sesetengahnya mempunyai tempoh yang tepat mengikut jadual setiap 28 hari, sesetengah wanita lagi haid mereka agak sukar diramal.

Sekurang-kurangnya 30 peratus wanita mengalami haid yang tidak teratur semasa usia reproduktif. Walaupun kebanyakan kitaran yang tidak teratur biasanya tidak mendatangkan masalah, tetapi ia kadang-kadang memberikan isyarat yang anda mungkin menghadapi masalah kesihatan.

Apakah yang dimaksudkan dengan haid tidak teratur ? 

Satu kitaran haid yang normal berkitar di antara 21- 35 hari. Aliran haid dianggap tidak teratur jika ia berlaku lebih cepat dari 21 hari atau lebih lama dari 35 hari. Sekiranya terlewat berbulan bulan atau haid berlaku 2 kali sebulan ia dianggap tidak teratur.

Untuk menentukan sama ada haid anda teratur atau tidak, kira dari hari pertama haid anda sehingga hari pertama haid yang seterusnya. Ulang pengiraan ini untuk tiga bulan. Jika tarikh haid anda sangat berbeza dan tidak jatuh dalam lingkungan 21-35 hari, anda mengalami haid tidak teratur.

Punca Haid tidak teratur

Dalam banyak kes, haid yang tidak teratur adalah berkaitan dengan keadaan yang dipanggil anovulation atau tidak bertelur dan ia selalunya berkait dengan ketidakseimbangan hormon.

Haid tidak teratur di kalangan gadis belasan tahun sangat kerap terjadi. Selalunya disebabkan tahap hormon yang tidak stabil. Biasanya ia akan beransur pulih secara semulajadi walaupun mungkin memakan masa bertahun-tahun.

Haid juga boleh menjadi sangat tidak teratur di lewat usia reproduktif anda. Ramai wanita sedar bahawa mereka menghampiri menopos apabila haid mereka menjadi tidak seimbang. Apabila haid tidak datang selama 12 bulan berturut, anda dikatakan sudah menopos.

Hamil dan keguguran pula kerap menjadi penyebab kepada haid yang tidak teratur terutama sekiranya anda dalam lingkungan usia 20-40an. Pastikan dahulu anda tidak hamil dengan menjalani ujian kehamilan sebelum bergegas ke klinik doktor anda.

Faktor-Faktor lain

Senaman atau berdiet keterlaluan.

Terlalu banyak bersenam boleh menyebabkan haid menjadi tidak teratur atau ia berhenti terus. Ini kerap berlaku pada ahli sukan yang berbadan kurus dan tidak berlemak. Kehilangan berat badan yang keterlaluan dari diet yang melampau boleh memberi kesan yang sama.

Tekanan.

Tekanan perasaan yang kronik atau kebimbangan luar biasa tentang masalah tertentu boleh menyebabkan hormon anda tidak stabil seterusnya kitaran haid yang tidak teratur.

Tekanan fizikal.

Sekiranya anda baru pulih dari penyakit yang berat atau mengalami pembedahan, kitaran haid anda mungkin terjejas tetapi ia tidak memakan masa yang lama.

Kaedah merancang keluarga berhormon

Seperti Pil Perancang, Implanon atau Depo-provera boleh membuat tempoh haid anda menjadi singkat, berlaku sekali sekala atau tiada langsung untuk berbulan-bulan lamanya. Intrauterine Contraceptive Device (IUD) atau alat dalam rahim juga boleh menyebabkan haid tidak teratur.

Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS).

Sindrom ovari Polisistik iaitu satu masalah perubatan yang menyebabkan sista kecil pada ovari dan mengganggu ovulasi anda. Wanita dengan PCOS biasanya mempunyai sejarah haid yang tidak teratur selama bertahun-tahun. Selain dari sukar hamil disebabkan tidak bertelur, PCOS boleh meningkatkan risiko penyakit kencing manis dan jantung.

Masalah ketumbuhan dalam rahim.

Fibroid rahim, polip dan endometriosis kerap dikaitkan dengan haid tidak teratur.

Masalah Perubatan.

Gangguan tiroid boleh menyebabkan haid yang tidak teratur jika tahap darah hormon tiroid terlalu rendah atau terlalu tinggi. Keadaan kesihatan lain yang boleh menyebabkan kitaran yang tidak teratur termasuk penyakit buah pinggang, penyakit kencing manis dan masalah prolaktinemia.

Menyusu badan.

Mereka yang menyusukan badan kerap mengalami haid yang tidak teratur tetapi haid anda akan pulih dengan sendiri sekiranya anda berhenti menyusu.

Jumpa Doktor Anda

Haid tidak teratur boleh menjadi petunjuk pertama bahawa anda mungkin mengalami masalah perubatan. Sekiranya anda mempunyai berat berlebihan dan haid yang tidak teratur bertahun-tahun lamanya anda mungkin mengalami PCOS. Kajian mendapati 10 peratus daripada wanita dalam usia reproduktif mengalami PCOS.

Anda juga perlu disaring untuk mengesan gangguan tiroid, prolaktin dan penyakit lain yang boleh dikaitkan dengan haid yang tidak teratur.

Kitaran haid yang tidak teratur juga boleh menyebabkan anda sukar hamil kerana anda tidak bertelur (ovulasi)  secara semula jadi. Ujian ultrasound dan darah boleh memberikan diagnosa yang tepat terhadap masalah ini.

Rawatan Haid tidak teratur

Rawatan bergantung kepada punca kenapa haid anda tidak teratur. Jadi amat penting untuk anda berjumpa dengan doktor agar rawatan yang tepat dapat diberikan.

167 comments

  1. Assalamualaikum Dr sy imah dr alor setar.ingin brtanya pd doktr.sy last period 8/3/18.kadang2 haid sy tidak teratur.tp bulan ni haid sy lum datang lg.sy ada bt pregnant test 3 kali tapi -ve.adakah sebab hormon.umur sy 33.tolong Dr bg pencerahan sikt.apa yg perlu sy buat?

    • salam, masalah hormon tka stabil tu puan, elok jumpa doktor untuk kepastian. selalunya doktor sarankan ujian darah

  2. anak saya berumur 16 tahun bulan 1 lepas last haid, bulan 2,3,4 ni belum datang lagi haid dia sebelum ni pun selalu juga macam tu dalam 4@5 bulan tidak datang haid berbahayakah?

    • hi, mungkin tanda hormon tidak balance yang kerap terjadi dikalangan remaja, jangan risau dan selalu ia tidak merbahaya. kalau puna ridau elok jumpa doktor untuk ujian darah untuk memastikan hormon ape yang tidak stabil

  3. anak saya berumur 16 tahun last bulan 1 lepas haid datang, bulan 2,3,4 ni belum lagi tahun sebelum ni pun macam tu juga 3@4 bulan belum datang haid kdg² dia kata normal kdg² tidak normal bahayakah?

  4. Assalamualaikum Dr. Saya mimie dri PJ. Saya nak tanya, sebelum kawin period saya kitaran normal & pernah mengalami cyst yang kecil (period 4bln tak datang). Selepas kawin, period saya jadi tak menentu kadang2 kitaran 33,43,47 hari, last pada 6/2/18 iaitu kitaran 60hari. sehingga sekarang period saya masih tak datang dah 71 hari. saya dh 3x check upt masih -ve. Boleh Dr bg pencerahan sikit, tidak bahaya kah keadaan kitaran haid saya macam ni & apa perlu saya bt?

  5. Assalamualaikum
    Sy berumur 33thn..Sy last period 31jan 2018. Bila check upt still negatif..14 april 2018 sy period. Pd hari ptama hanya kluar tompokan hitam..hari ke2 tidak keluar apa2…manakala hari ke3, keluar tompokan hitam lagi dan sehingga sekarang tiada lagi kluar period..mengapa keadaan sebegitu berlaku ye?

  6. Assalam Dr. Saya amira, 23thn. Berat saya 78kg dan tinggi 154cm.

    Saya mengalami masalah period yang kadang2 datang, kadang2 tidak.. Masalah ini bermula sejak saya berumur 15tahun. Saya belum berkahwin.

    Setiap kali check doktor, doktor cuma bagi pil seperti Marvelon yang akan mengeluarkan darah haid tu. Ada yang kata, itu pil perancang. Saya cuma ambil 2-3kali sahaja.

    Lama2 saya stop ambil pil tu. Tapi sampai sekarang saya masih belum datang period.

    Last period hujung bulan januari yang lepas.adakah ini disebabkan masalah obesiti yang saya hadapi? Apa langkah terbaik untuk mengurangkan kolestrol dalam badan?

    Boleh doktor bagi cadangan, apa yang boleh saya makan atau elakkan masalah period tidak teratur ni dari berterusan?

    Terima kasih.

    • eloklah jumpa dengan pakar pemakanan atau doktor perubatan untuk nasihat kurangkan berat badan. Jumpa pakar gynae untuk masalah hair tak teratur tu

  7. Assalamu’allaikum doctor

    Saya mira 21 tahun ada masalah haid tak teratur kadang-kadang haid keluar tompok coklat pekat sikit je kadang tu setitik je yang keluar kadang-kadang tu ada rasa macam mencucuk-cucuk dekat bahagian bawah perut . Saya juga ada masalah keputihan yang teruk dah pernah check doctor cuma bagi pill je tapi 3/4 minggu kemudian dia datang balik . Perlu ke saya pergi ke OBGYN untuk buat whole body check up ?

    Terima kasih.

  8. Assalaimualaikum doktor..sy nora..baru 19 tahun haid sy tidak datang selama 5 bulan..last period bulan 12 tahun lepas..adakah disebabkan hormon atau penyakit lain

  9. Sy mengalami period tak teratur..sejak keguguran bulan 4 hrtu 18mngu..
    3mngu darah dh berhenti..semngu dtg lgi sikit2..semngu berhnti lg..dtg lg skit2..adakah ni normal dokter..sebab seblm ni sy normal..lps pantng period mcm biase 7hr..1buln saja ni dkt sebln period on of..lps keguguran n cuci..skit2 saje..

    • salam. kalau dah sebulan darah berterusan, elok jumpa doktor utk ultrasound, mungkin ada lagi tisu yang tertinggal. jangan lengah lagi.

  10. Salam Dr. Pada bulan Jun sy datang haid 2 kali iaitu pada 1jun-3jun dan datang lagi pada 17jun-20jun.
    Sy buat test OPK pada 29 dan 30Jun hasilnya positive, sy BD dengan suami pada tarikh tersebut.
    Selepas itu period sy tak datang sampai la ke harini. UPT test dah dibuat banyak kali hasilnya negative. Dan pada isnin lalu sy cuba test lagi hasilnya sangat samar sy takut line tersebut evap line. Harini sy test lagi guna upt strip yg lain hasilnya negative. Adakah sy ada masalah hormon sekarang Dr? Atau sy perlu tunggu sampai bulan 9 baru pergi jumpa dengan gynae utk buat HCG blood test dan ultrasound?

    • salam, tunggu satu minggu lagi kalau puan masih belum haid, buat test sekali lagi. kalau negatif puan tidak hamil dan elok jumpa doktor

  11. assalamualaikum doktor. saya ade beberape soalan berkaitan dengan kitaran period. bagaimana cara untuk saya berhubung dengan doktor secara peribadi ? seperti email atau ws.

  12. Salam doktor, saya datang period pada 31/8/18 -7atau8 / 9/18, sampai la harini saya masih tak datang period. Dan saya ada alami perut mcm tak selesa dan selalu kentut dan kadang- kadang pagi saya akan cirit birit (selalu ni tanda nk period) sampai harini tak period. Saya berumur 19thn, dan bmi tak normal. Berat badan berlebihan, dan saya tak jaga makan. Dan kadang kadang stress sbb nak kurus. Adakah ini faktor kenape saya tak period smpai sekarang?

  13. assalamualaikum….
    masalah haid sy kadang kala menjadi tanda tanya dalam diri sy, kadang kala sy terasa sangat bingung sama ada ia normal atau pun tidak pada wanita yg baru berkahwin. usia perkawinan sy pd bulan ini setahun dua bulan. sy berkahwin pd ogos tahun lalu. Bulan pertama selepas berkahwin sy masih mengalami haid seperti sebelum berkahwin bulan kedua sy tidak mengalami haid, sy tidak mengalami period selama 4bulan. dalam tempoh 4bulan sy telah berjumpa dengan doc berhampiran dengan rumah sy. ketika di klinik sy telah menjalani ujian upt sebanyak 2 kali dan scan 2kali. doc di klinik tersebut membuat surat rujukan untuk sy ke hospital serdang. oleh kerana tidak mahu menunggu lama suami sy membuat keputusan untuk merujuk ke hospital swasta yg terletak di bangi, selepas kahwin berat badan sy naik sebanyak 5kg. seperti biasa doc memberi tahu sy hormon tidak stabil ada kemungkinan d sebabkan berat badan sy naik. doc menyarankan sy menurunkan berat badan kepada berat badan yang asal. sy juga telah membuat upt dan scan doc telah memasukkan kamera untuk melihat keadaan. ternyata keputusannya negatif( sy tidak hamil). keadaan dinding rahim sy dlm keadaan yang baik tidak tebal atau nipis. doc telah memberi sy ubat hormon dan menyarankan sy datang kembali pd bulan hadapan. selepas pengambilan ubat hormon itu,sy mengalami haid pd hujung bln feb dan awal bulan mac pada bulan april sy tidak mengalami haid sy juga membuat ujian darah. dan keputusannya tiada masalah. haid sy datang kembali pada bulan mei dan doc menyarankan sy membuat 2kali ujian darah hari ke 12 selepas haid tetapi sy tidak membuat ujian darah berkenaan oleh faktor kos yg tinggi. ibu serta sanak saudara menyarankan sy untuk merujuk ke klinik kerajaan. sy membuat rawatan d klinik kerajaan pula, sy menceritakan kepada doc akan masalah sy . tetapi sy tidak menceritakan sy telah menerima rawatan d hospital swasta. skali lagi sy menjalani ujian test kehamilan dan keputusannya negatif( tidak hamil) doc memberitahu sy mengalami masalah ketidak stabilan hormon dan memberi sy acid folic dan berjumpa semula pada bulan 2 tahun hadapan. pada bln 0gos yg lepas sy mengalami haid tp kuantitinya sedikit dan cair berwarna merah seakan berwarna merah jambu. haid sy datang selama 4 hari. sehingga sekarang haid sy tidak datang. sy juga telah membuat upt d rumah dan keputusannya negatif sudah 2bulan sy tidak datang haid. keadaan ini membuat sy sgt keliru. apa harus sy lakukan

    • salam puan mungkin mengalami PCOS. Elok berjumpa pakar yang lebih arif. Ujian US vagina 3d disarankan untuk membilang berapa biji telur ( folikel) pada ovari untuk memastikan diagnosa yang tepat. saya assume ujian FSH/LH hari ke 2 period, prolactin and tiroid adalah normal bila puan mengatakan ujian darah normal.Sekiranya PCOS sudah confirm dan puan ingin hamil, rawatan yang sesuai boleh diberikan.

  14. salam sy agak kirang faham dengan kitaran haid sy. lepas sy keguguran, sy period mcm biasa kadang lewat seminggu, kadang lewat sampai dua minggu, adakah itu normal? peluang untuk mendapat zuriat sukar ke dokter?

  15. Salam doktor..saya berumur 16 tahun..saya telah dtg haid selama 10 hari..kemudian suci selama 11 hari sahaja..kemudian keluar darah semula slps 11 hari suci tersebut..saya menganggap darah keluar selepas 11 hari suci itu sebagai darah istihadah..darah istihadah tersebut keluar 5-7 hari sahaja..selepas 30-40 hari barulah keluar darah yg saya menganggapkannya darah haid…perkara ini sangat kerap berlaku dan sentiasa berulang sejak berumur 15 tahun..adakah darah istihadah berbahaya? apakah cara menghentikan darah istihadah? kerana agak susah saya untuk solat di tempat lain selain di rumah kerana tandas dengan surau agak jauh

    • salam, ada dua kemungkinan, adik mungkin mengalami kitaran haid yan singkat iaitu 21 hari sahaja ataupun mengalami masalah hormon tidak stabil. lok jumpa doktor untuk ujian darah

  16. assalamualaikum Dr, saya iffa dari sarawak, saya 22tahun, on july saya takda period langsung, mengikut kiraan termasuk hari ini (3/8/2019) saya sudah terlewat 22 hari, boleh DR bagi sedikit penerangan , adakah period saya menjadi tidak teratur atau tidak normal ?

    • salam, kalau puan tidak hamil itu cuma disebabkan hormon yang tidak stabil sahaja. kalau puan masih tiada period melebihi 2 bulan elok jumpa doktor untuk ultrasound dan pemeriksaan darah

  17. Salam dr, saya linda dari sabah.Baru2 ni saya bersalin czer + btl.. Selepas 2 bulan,saya datang haid pada tarikh 26.3.21.
    Dan lepas tu saya tak datang haid sampai sekrg.. Ada ka saya hamil dr. .?
    Saya tkt mau cek guna pregnant test..

  18. Assalamualaikum dokter, Saya berumur 25 tahun dan baru berkahwin pada bulan oktober 2022. Start bulan Mei 2022 period saya tidak teratur kerana 2 kali dalam satu bulan. Lepas tu normal balik pada bulan Jun,Julai, Ogos dan September tetapi pada bulan Oktober period saya datang 2 kali dalam 1 bulan. Bulan Januari 2023 pula saya start period dari 11/01-17/01/2023 tetapi period saya datang balik pada 23/01 dan anggaran sampai 6-7 hari macam tu. Adakah itu normal atau saya perlu refer ke dokter berkenaan dengan masalah saya kerana saya takut boleh menjejaslan kesihatan saya. Mohon sangat dokter bagi feedback komen saya. Terima kasih

    • Erm, mungkin adik ade hormon tak stabil untuk mungkin juga sebab lain seperti ketumbuhan kecil seperti polip pada pangkal rahim atau dalam rahim. Apa pon elok jumpa doktor

  19. Assalamualaikum dr…sya berumur 26 tahun dan berkahwin pda bulan februari 2022 , start bulan disember 2022 period sya jadi 2 kali sbulan , period prtma 20-26 disember…stop 3 hari kemudian period lagi 30 disember-5 januari…next period 22 – 27 januari , stop 3 hari juga dan period lagi 31 januari dn msh blum stop…sblm ni period sya sntiasa normal shaja…adakah sya perlu brjumpa doktor???mohon feedback yaa doktor…terima kasih

    • Salam, kalau haid terlalu kerap atau berpanjangan, ia selalunya menunjukkan tanda mungkin terdapat ketumbuhan pada rahim atau pangkal rahim, jumpa pakar sakit puan

Tinggalkan Jawapan kepada shamsiah Batal balasan