Alat perancang keluarga IUD (Intra-Uterine Device)

Copper-IUd-400x300Jika anda berfikir untuk merancang keluarga, anda mungkin mahu mempertimbangkan IUD sebagai pilihan anda. IUD adalah alat perancang keluarga yang berkesan dan selamat bagi kebanyakan wanita dan ia boleh bertahan lama sehingga lima tahun. Walau-bagaimanapun, tidak semua wanita sesuai untuk memakai IUD, jadi berbincang dengan doktor anda samada anda sesuai untuk menggunakan kaedah ini atau tidak.

** Artikel ini cuma membincangkan IUD jenis Cooper. IUCD Mirena akan dibincang dalam artikel lain. Teruskan membaca

Kaki Bengkak Semasa Hamil

Screen Shot 2016-04-24 at 9.09.14 PMKaki saya bengkak semasa hamil, adakah saya perlu risau?

Jawapan:

Pelbagai faktor boleh menyumbang kepada kaki dan buku lali bengkak semasa hamil. Sebagai persediaan untuk melahirkan, badan anda bukan sahaja menghasilkan malah mengekalkan lebih cecair semasa mengandung. Begitu juga dengan rahim anda yang semakin membesar memberikan tekanan kepada urat vena anda. Ini akan mengurangkan pulangan darah ke jantung anda dan memberikan bengkak pada betis dan pergelangan kaki. Kaki dan buku lali bengkak semasa hamil adalah perkara biasa dan kebanyakannya hilang selepas bersalin. Teruskan membaca

11 Manfaat Sentuhan Kulit ke Kulit Selepas Lahir

kulit ke kulitSemasa dalam kandungan, bayi mendapatkan kehangatan, makanan, perlindungan dan oksigen dari badan ibu mereka tetapi selepas dilahirkan ke dunia, kenikmatan tersebut terputus dengan tiba tiba, jadi tidak hairanlah sentuhan kulit ke kulit sangat penting untuk bayi sebaik sahaja dilahirkan. Manfaat menjadi optimal sekiranya kulit bayi terdedah sepenuh dan bersentuh dengan kulit ibu kerana suhu kulit ibu memberikan kehangatan yang serupa sebagaimana dalam kandungan. Teruskan membaca

Haid Tidak Teratur

period tak teratur

Kitaran haid wanita tidak selalunya berjalan dengan lancar. Sesetengahnya mempunyai tempoh yang tepat mengikut jadual setiap 28 hari, sesetengah wanita lagi haid mereka agak sukar diramal.

Sekurang-kurangnya 30 peratus wanita mengalami haid yang tidak teratur semasa usia reproduktif. Walaupun kebanyakan kitaran yang tidak teratur biasanya tidak mendatangkan masalah, tetapi ia kadang-kadang memberikan isyarat yang anda mungkin menghadapi masalah kesihatan. Teruskan membaca