Pil Perancang dan Risiko di Awal Kehamilan

pilSoalan: Adakah pil perancang boleh menyebabkan kecacatan janin jika diambil semasa awal kehamilan?

Jawapan:

Setakat ini tiada bukti yang kukuh untuk menunjukkan pil perancang yang diambil secara tidak sengaja semasa awal kehamilan meningkatkan risiko kecacatan janin.

Satu kajian dalam tahun 2009 menyarankan bahawa terdapat peningkatan risiko kearah bayi kurang berat badan dan juga kelahiran pra-matang. Ia juga secara teori dikaitkan dengan masalah tumbesaran organ seksual janin perempuan tetapi setakat ini tiada bukti yang kukuh secara klinikal yang mengaitkan pil perancang dengan komplikasi-komplikasi diatas. Teruskan membaca

Menjaga Luka Episiotomi

epi.jpg

Sekiranya anda mengalami kelahiran normal dan melahirkan anak sulung, kemungkinan besar anda mempunyai luka episiotomi. Untuk memastikan luka anda pulih dengan baik, cuba amalkan tip-tip ini:

1. Gunakan Pad Ais

Sebaik sahaja melahirkan, letakan pad ais pada luka, ia bukan sahaja mengalakkan luka cepat baik malahan mengurangkan sakit. Letak pada luka selama 10 minit 3-4 jam sekali. Teruskan membaca