Gejala dan Tanda Keguguran

embryo

Gejala yang paling kerap adalah

  • Pendarahan. Pendarahan faraj yang mungkin sedikit atau banyak yang menjadi lebih kerap dan sekali sekali. Walaupun pendarahan merupakan salah satu tanda keguguran, ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal. Tetapi kalau ia disertai dengan rasa tidak selesa pada bawah perut, kemungkinan besar keguguran akan terjadi.
  • Sakit. Anda mungkin mengalami kejang pada pelvis, sakit perut yang berterusan atau sakit pada bawah belakang. Sakit mungkin berterusan sehingga beberapa hari sebelum atau selepas pendarahan terjadi.
  • Darah ketul dan tisu seperti daging keluar dari faraj
    Kadang-kadang agak sukar untuk menentukan dengan tepat samada keguguran sudah terjadi atau tidak, terutamanya apabila tanda yang timbul tidak begitu jelas. Tanda-tanda ini juga berbeza dari wanita ke wanita dan tidak terjadi kepada semua dan ia boleh menimbulkan kekeliruan.

Teruskan membaca

Merokok Semasa Hamil

Kenapa ia berbahaya?

Bayi didalam rahim mendapat segala sumber dari ibunya. Itu termasuk zat-zat makanan dan oksigen, melalui uri dan tali pusatnya. Merokok semestinya akan mendedahkan bayi kepada toksin yang terdapat dalam asap rokok.

Seorang ibu yang merokok harus berfikir dengan serius tentang keputusan untuk berhenti kerana satu nyawa bergantung sepenuhnya kepadanya.Menjadi hamil boleh memberikan motivasi yang kuat kepada seorang ibu untuk berhenti dari merokok demi anak yang masih belum dilahirkan. Teruskan membaca

Ujian Ujian Infertiliti

Sekiranya anda mempunyai masalah sukar hamil, anda mungkin membuat pertimbangan untuk berjumpa dengan doktor pakar dan menjalani beberapa ujian kesuburan. Disini saya berikan beberapa panduan tentang apa yang doktor akan lakukan semasa temujanji kali pertama.

Sejarah kesihatan dan pemeriksaan

Sebelum sesuatu ujian dilakukan, doktor anda selalunya akan bertanya tentang sejarah perubatan dengan mendalam dan membuat pemeriksaan terutama terhadap sistem peranakan anda. Teruskan membaca

Mengapa Saya Gugur?

gugur04

Jika anda pernah mengalami keguguran, anda tentu menghadapi kesulitan fizikal dan emosi yang sukar. Ketika ujian air kencing menunjukkan anda hamil, anda mungkin merasa terlalu gembira dan berkongsi berita baik dengan kawan rapat serta sanak saudara.

Namun, dalam masa yang singkat, perut anda mula sakit dan faraj anda mula berdarah. Lawatan ke klinik doktor menunjukkan anda telah keguguran.Walaupun terkejut dan kecewa, anda akhirnya perlu reda dengan apa yang berlaku. Teruskan membaca

Apa Yang Anda Perlu Tahu Dengan Ujian Perinatal

Ada beberapa ujian yang dilakukan keatas ibu hamil untuk memastikan bayi berada dalam keadaan memuaskan, dan juga mengawasi keadaan bayi dan mengurangkan rasa takut dan ragu ragu terhadap kehamilan anda

Ujian Ultra-Bunyi

Bila dibuat: Semasa pemeriksaan antenatal
Kenapa dibuat: Untuk mempastikan kandungan didalam rahim, kandungan itu hidup, pastikan ia kembar atau tidak, umur janin, melihat sebarang kecacatan janin, kedudukan uri dan tumbesaran bayi. Ia juga boleh mendengar dengupan jantung bayi.
Bagaimana: Gelombang bunyi terpantul dari tisu yang akan dibaca oleh mesin dan memaparkannya pada screen TV.

Mengira Pergerakan Bayi

Bila dibuat: Pada kandungan 30 minggu ke atas
Kenapa dibuat: Untuk memeriksa tahap aktiviti bayi
Bagaimana ia dibuat: Ibu akan mengira berapa lama masa yang diambil untuk bayi membuat 10 pergerakkan. Walaupun ia boleh dilakukan pada bila bila masa terutama disebelah malam kerana bayi lebih aktif pada malam hari. Teruskan membaca

Penyakit Kelamin (STD)

Penyakit Kelamin atau Sexually Transmitted Diseases (STD) adalah jangkitan yang berpunca dari hubungan seks. Ia boleh menyebabkan kesakitan pada perut ari-ari , sakit semasa seks, gatal faraj dan sebagainya. Sesetengah STD sangat serius dan boleh membahayakan nyawa. Kebanyakkan STD berlaku pada kalangan wanita muda iaitu 20-30 tahun.

Bagaimana ia berjangkit

Ia berjangkit melalui hubungan seks ataupun melalui cecair badan. Contoh-contoh transmisi jangkitan termasuk:

  • Seks melalui faraj
  • Seks melalui oral
  • Bersentuh dengan cecair yang mengandungi kuman pada kulit luka
  • Bersentuh dengan air mani, darah atau air kencing
  • Mengunakan jarum dadah yang sama

Teruskan membaca