Tiada Haid (Amenorrhea)

Kebanyakan wanita akan mengalami haid setiap bulan. Ia memberikan tanda bahawa yang sistem peranakan anda dalam keadaan yang baik dan anda adalah seorang yang sihat. Walaubagaimanpun, ada juga wanita yang mengalami gangguan haid dimana, selama beberapa bulan haid tidak datang. Sekiranya ini terjadi lebih dari 5 bulan, anda akan dikatakan mengalami amenorrhoea.

Apa Itu Amenorrhea?

Amenorrhea merujuk kepada ketiadaan haid. ia adalah masalah yang agak kerap, pada 2-5% populasi wanita. Haid yang normal terjadi satu kali setiap 21-35 hari. Kedatangan Haid adalah disebabkan oleh tindakbalas hormon yang kompleks dalam badan kita. Semasa kita mengandung atau menopos, walaupun tiada haid ia adalah keadaan normal dan semula jadi. Selain dari itu, ia sama sekali tidak normal kemungkinan disebabkan oleh pelbagai faktor berbeza. Teruskan membaca

Endometriosis

Ia satu keadaan dimana tisu yang seakan sama dengan dinding rahim (endometrium) berada diluar rahim.Tempat yang paling biasa ditemui ialah pada ovari, belakang rahim dan juga pada organ-organ disekitarnya.Ia juga jarang-jarang boleh ditemui pada kawasan diluar pelvis sperti didalam paru-paru. Setiap kali anda mengalami haid, endometrium juga mengalami haid dan ini akan menyebabkan darah berkumpul pada kawasan tersebut menyebabkan radang, kerosakan dan parut yang teruk.

Ia sebenarnya boleh menyerang sesiapa sahaja tidak kira bangsa dan usia tapi lebih kerap terjadi kepada mereka yang beurusia 20-30an dan mempunyai sejarah keluarga yang mengalami masalah yang sama.

Teori berkaitan endometriosis

Ada beberapa teori yang hangat diperkatakan berkaitan dengan endometriosis ini seperti:

Aliran Darah Haid Yang Terlanjak Kebelakang: Secara normal apabila haid berlaku, darah haid akan keluar melalui serviks dan vagina tetapi 70% dari wanita didapati mempunyai sedikit darah didalam salur fallopia dan didalam ruang pelvis dan darah tersebut mungkin mengandungi sedikit tisu endometrium. Tisu ini kemudiannya menjadi hidup dan endometriosis terjadi. Persoalan bagaimana ia cuma berlaku kepada segelintir wanita tidak dapat diperjelaskan tetapi ia mungkin berkaitan dengan sistem imun wanita dan daya tahan badan untuk mengelak dari mendapat endometriosis. Teruskan membaca

Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)

Sekiranya anda seorang yang sukar untuk hamil, mengalami simtom seperti haid yang tidak teratur dan mempunyai berat badan berlebihan, anda mungkin mengalami PCOS.

PCOS atau polycystic ovarian syndrome ialah keadaan yang boleh menganggu sistem peranakkan wanita dimana folikel-folikel yang terdapat didalam ovari tidak menjadi matang dan seterusnya gagal untuk mengeluarkan telur. Folikel-folikel terkumpul didalam ovari dan menjadi cysta-cysta kecil yang boleh dilihat melalui ultrasounds scan. Ia berlaku 6-10% dikalangan wanita dan di antara penyebab utama mengapa wanita gagal hamil.

Siapa yang berisiko untuk mendapat PCOS?

PCOS boleh dihadapi oleh sesiapa jua tidak bangsa tetapi umur yang kerap berlaku ialah diantara 20-30 tahun. Ia juga ada kaitan dengan faktor keturunan. Teruskan membaca

Kehamilan Overdue

Berapa lama kehamilan berakhir adalah berbeza diantara wanita. Tarikh jangka yang diberikan oleh doktor adalah pada usia kandungan 40 minggu atau 280 hari dari tarikh terakhir haid anda. Kehamilan cukup bulan pula bermaksud kandungan berusia selepas 38 minggu.

Anda digalakkan berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan kehamilan anda melalui ujian ultrabunyi sebaik sahaja anda disahkan hamil. Ini adalah untuk memastikan samada tarikh jangka lahir berdasarkan haid anda sama dengan tarikh jangkaan melalui ultrasound scan. Teruskan membaca

Lelaki dan Ketidaksuburan

Ketidaksuburan berlaku pada lebih kurang satu dalam 10 pasangan. Sekiranya masalah berlaku pada pasangan lelaki ia dipanggil ‘male infertility’. Ia terjadi 40% dalam keseluruhan masalah kesuburan.

Segelintir daripada masalah kesuburan di kalangan kaum lelaki diketahui sebabnya seperti hypospadias dimana penis tidak terbentuk secara normal, testis yang tidak turun (undescended testicles) dan kegagalan ereksi tetapi kebanyakkan daripada agak sukar dijelaskan sebabnya.

Punca

Ia selalunya dikaitkan dengan sperma yang tidak normal, hidup sperma yang terlalu singkat atau terdapat masalah dengan ejakulasi.
Sebab kenapa ketidaknormalan ini berlaku mungkin kerana:

  • Terdapat radang pada testis
  • Terdapat masalah salur darah vena yang membengkak pada testis
  • Testis yang tidak membentuk dengan normal

Teruskan membaca

Usia dan Kesuburan

Terdapat banyak sebab yang boleh memberi kesan terhadap kesuburan anda. Dari masalah dalam rahim, kepada masalah sperma yang tidak cukup, kadang-kadang sebab sebab mengapa wanita gagal hamil tidak dapat ditentukan dengan jelas.

Walaubagaimanapun, kesuburan sangat berkait rapat dengan usia. Kadar kelahiran berkurangan secara beransur -ansur bermula pada awal 30’an. Kekurangan akan lebih ketara pada lewat 30 dan 40 an. Pada usia 30 tahun, kadar ketidaksuburan cuma 7% tetapi pada usia 40’an masalah ini meningkat kepada 33%. Teruskan membaca

Senaman Kegel

Senaman ini adalah sesuatu yang harus dipelajari oleh setiap wanita mengandung kerana ia bukan sahaja mudah dipelajari malah boleh diamalkan di mana-mana sahaja. Senaman Kegels cuma memerlukan sedikit usaha namun ia memberi begitu banyak manfaat, anda sememangnya tidak mempunyai sebab untuk tidak mempelajarinya. Senaman ini menumpukan kepada otot pada pelvis, menolong menguatkan salur kencing, pundi kencing, rahim dan usus rektum. Wanita hamil digalakkan membuat senaman ini kerana otot pelvis yang kuat akan menolong melancarkan kelahiran terutama semasa proses meneran. Lagipun, ia mengurangkan risiko untuk berlaku koyakkan semasa bersalin. Semasa pantang, kegel boleh menolong anda pulih dari luka episiotomi dengan lebih cepat, menolong mengurangkan air kencing yang tidak terkawal dan menguatkan kembali otot-otot pelvis anda. Teruskan membaca